English@home

Ibubapa menentukan 'bahasa rumah' yang digunakan anak-anak mereka. Pada 2 tahun pertama, suara ibu dan cara ibu bertutur (parentese) yang akan akan banyak mengajar anak-anak tentang bahasa dan bahasa yang digunakan. (Parentese bukan baby talk dan juga bukan English, ianya adalah body language, facial expression, gerak muka, bunyi suara anda,nada tinggi rendah).

Ibubapa, walaupun mempunyai tahap Inggeris yang asas, boleh mengajar anak-anak mereka dengan berjaya dengan menggunakan 'parentese' yang berbeza-beza atau berulang.

Dengan nada  yang lembut, bahasa yang mudah dan suara yang menyayangi anda boleh:

  • Membuat ayat sambil membuat sesuatu. Contoh jika anda mengajar anak anda meletak pinggan anda boleh memberitahu ‘Let’s put it here.’‘There.’ ‘Look. I’ve put it on the table.’  'This plate is yours'.
  • Mengulang dengan semulajadi membantu anak anda mengesahkan apa yang dia dengar atau mengesahkan apa yang dia lakukan seperti mengambil sesuatu objek seperti pencil,kertas adalah betul - ianya tidak bosan bagi anak anda walaupun untuk anda.
  • Menambahkan lagi apa yang disebut oleh anak anda. Jika mereka kata 'green' anda boleh tambah 'you like the green one?'
Setengah ibubapa segan untuk berbual dengan anak-anak dengan cara parentese kerana nada suara, mimik muka, yang seperti dibuat-buat, tapi ini membuat ianya menarik dan anak-anak akan faham dan mudah untuk belajar.

Dengan menggunakan banyak ulangan mereka boleh mengagak keadaan sesuatu, mereka tidak akan segan untuk menggunakannya.

Anak-anak kecil akan mula mahu menggunakan English dengan:
  • tentang diri mereka dan kesukaan mereka: I like, I don't like, I want, I don't want...
  • apa mereka lakukan: I went to, I ate, I played
  • apa mereka rasa : I hate, I love, I miss, I'm sad
Apabila mereka bertambah pandai, mereka akan membuat ayat, mereka akan mula berkata 'I want (    )' diisi dengan perkataan menggunakan bahasa biasa/Malaysia. Jika anda isikan 'I want a banana' mereka akan ikut kata 'I want a banana'.





No comments:

Post a Comment